Monday, August 10, 2009

Doa-doa Ramadhan

Assalamu'alaykum semua!

Pertamanya, terima kasih kat Rehe selaku Admin blog ni kerana memberi peluang kat diri yang dhaif ni untuk mencoret sesuatu di sini...Kak Afzan juga harap Rehe akan tabah melayan kerenah Kak Afzan sepanjang kita jadi partner klinik, sekarang dan akan datang. Kalau Kak Afzan ada buat salah, tegurlah ye. Hehe.

(Boleh ke membahasakan diri sebagai Kak Afzan kat sini? Harapnya Kak Husna dan sahabat-sahabat yang sebaya tak kisah)

Hmm...lebih kurang 10 hari lagi Ramadhan akan menjelma. Bagaimana dengan persiapan sahabat-sahabat semua?

Sebenarnya kita sangat-sangat digalakkan untuk bersedia bagi menyambut Ramadhan ni...haa, kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana caranya, boleh baca Risalah Fikir& Zikir keluaran D&T yang dah diberi hari tu...baca, jangan tak baca...hehehe.

Untuk posting pertama ni, Kak Afzan just nak share beberapa doa yang bagus untuk diamalkan sebelum dan semasa Ramadhan nanti. Semoga bermanfaat untuk semua :)

Doa di bulan Rejab dan Sya'ban

Ini doa yang baik untuk dibaca apabila kita dah berada dalam bulan Rejab dan Sya'ban. Kita pohon daripada Allah agar sempat bertemu Ramadhan yang mulia.


Doa-doa di bulan Ramadhan

Doa berbuka puasa. Mesti dah ramai yang ingat, kan? Kalau buka puasa ramai-ramai, tukarkan 'tu' kepada 'na'. 'Tu' untuk 'saya' dan 'na' untuk 'kami'.


Doa ni biasanya dibaca oleh imam selepas selesai 4 rakaat tarawih sebelum mendirikan solat tarawih seterusnya.


Doa ni pun bagus dibaca, agar Allah terima puasa kita dan menjadikan kita daripada golongan 'al-'aidin' dan 'al-faizin'...

Akhir kalam, selamat menyambut Ramadhan al Mubarak! Jangan sia-siakan Ramadhan ini, mana tahu mungkin ia yang terakhir...Namun, kita berdoa agar Allah akan memanjangkan umur kita untuk terus memperbanyakkan amal kepadanya.

Salam,
Kak Afzan.

No comments:

Post a Comment